Khamis, 23 September 2010

See You Di IPT

   ULASAN CERITA...SEE YOU DI IPT.

   Cerita ini mengisahkan tentang Norman, pelajar nakal sekolah menengah (lakonan Nasrizal Ngasri) bersama-sama dua orang rakannya iaitu Hafiz (lakonan hafiz UNIC), Bazli (lokonan bazli UNIC) yang gemar mengusik rakan-rakannya di sekolah.  Dengan kehadiran Eisya (lakonan bienda) telah menarik perhatiannya.  Norman juga sering berselisih faham dengan Fitri (lakonan Fitri UNIC).  Namun begitu, Norman telah meminta bantuan Fitri untuk mengirimkan sepujuk surat kepada Eisya.
   Sementara itu, Fitri mempunyai masalah dengan sekumpulan samseng di sekolah mereka. Satu peristiwa telah berlaku sehingga mengakibatkan kematiannya. Sejak dari itu, Norman sering menyalahkan diri sendiri sehingga pelajarannya terabai. Namun, dengan sokongan guru-guru, rakan-rakan, dan keluarga, semangatnya kembali pulih. Akhirnya, Norman dan rakan-rakannya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Tetapi Eisya yang mendapat dua tawaran dari IPT tempatan dan luar negara menjadi keliru untuk membuat krputusan.


TEKNIK-TEKNIK PENCERITAAN.
   Manakala bagi teknik-teknik penceritaan pula amat memuaskan hati misalnya, dari segi teknik pencahayaan lampu amat terang dan jelas.Ia dapat menonjolkan para pelakon. Selain itu juga, gerakan kemera boleh di puji. Jurukemera amat mahir dalam menentukan keadaan mana yang memerlukan jarak yang dekat dan jauh. Pelakon-pelakon pula memainkan watak dengan pernuh berkesan dan menarik minat penonton untuk menontonnya.


PENGHAKIMAN.
   Pada pandangan saya, cerita ini sememangnya patut ditonton oleh semua golongan kerana ia amat sesuai. Ia juga memainkan tentang emosi dan perasaan di mana Norman telah berminat kepada Eisya. Cerita ini juga menyentuh perasaan di saat kematian Fikri. Ia juga mengajar kita sepaya menjadi pelajar yang tabah di saat kehilangan kawan dan fokus kepada pembelajaran. Cerita ini tidak rugi jika ditonton berulang kali.

Lakonan: Nasrizal Ngasri, UNIC, Bienda, Mustapha Kamal, Norlida Ahmad, Ainina Ahmad B, Zirnani Md kassim, Zaidi Omar, Rosnah Johari, Ayie, DillaAli, Anne.
Pengarah:Zulkifli Salleh Ghani
Penolong Pengarah;Amir Abu Samah
Penerbit:Hashim Ngadiman
Pengurus Produksi Saham Jaya
Skrip:Zabadi Mohamed

5 ulasan:

  1. ulasan filem yang baik..

    anda dah see me di IPT...
    i already see U di IPT UUM

    BalasPadam
  2. thankz..,en.nazrol. Saya bertuah sebab dapat kenal encik. Hehe..

    BalasPadam
  3. salam...
    ehm berdasarkan ulsn cerita diatas bg sy hibngn pershbtn yang terjalin ikhls sgt bermkna dan skr untuk dicari.Sayangilah shbt anda seperti anda menyayangi ibu anda.Jagalah hbgn prshbtn denagn baik wujudkanlah persefahaman dan bertolak ansur dalam diri.

    BalasPadam
  4. Cerita nya menarik. Ketika kita jatuh ada dukungan dari sekeliling kita.

    BalasPadam
  5. Cerita nya menarik. Ketika kita jatuh ada dukungan dari sekeliling kita.

    BalasPadam