Sabtu, 16 Oktober 2010

Latihan: pemerengganan (Mencari dinamik politik kampus)

PEMERENGGANAN
a) Ayat tesis
    Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.

b) Ayat topik
      Sudut pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaan di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu.

c,i) Perenggan deduktif
     Kewujudan pelajar yang lantang bersuara sememangnya tidak dapat dinafikan. Sebagai entiti yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, penyataan suara dan pandangan mereka sentiasa kedengaran melewati pelbagai isu sehingga menyentuh soal kepimpinan negara.

 ii) Perenggan induktif
     Dalam hal ini, sukar untuk kita membayangkan pemilihan MPP tanpa suara lantang daripada pelajar. Bagaimanapun, kelantangan itu tidak sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara. Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.

iii) Perenggan deduktif kompleks
     Bagaimanapun, saya percaya perlaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan mengambil jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada. Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuldin Abdullah bahawa proses demokrasi  di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam 'gedung ilmu'. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

d) Perenggan pengenalan -teknik yang digunakan
     Teknik yang digunakan oleh penulis ialah teknik kontras keadaan buktinya di awal perenggan, penulis menggunakan ayat seperti ...Fenomena ini menyaksikanbagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis.

e) Perenggan penutup
    Bahagian akhir atau kesimpulan yang di tulis oleh penulis mencapai tahap dan memenuhi ciri-ciri penulisan seperti ayat terakhir yang menyatakan tentang pendapat penulis iaitu : Sudah tiba masa perjuangan dan gerakan pelajar wajar disorot melampui horizon pemilihan MPP. Jika ia berlaku, kita mampu membangunkan kedinamikan politik kampus yang mempunyai potensi lebih besar. Mungkinkah ini satu inovasi yang perlu dilaksanakan.

f) Perenggan transisi
   Tidak dinyatakan.

g) Perenggan dialog
    Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam 'gelanggang ilmu'. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

h) Tiga ciri perenggan yang baik

 h,i) Kepautan
      Selain itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal.
      Apa yang menarik, semua calon yang bertanding terdiri daripada pelajar awam saja. Bagaimanapun, pegawai kadet tidak melepaskan berpeluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

 ii) Kejelasan
     Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaanya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

iii) Kesatuan
    Kementerian memandang serius perlaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses demokrasi yang sewajarnya memberi pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melangkah keluar. Disinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam proses demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin. Pendidikan demokrasi seperti ini harus di tanam dan di lestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab dan budiman. Lebih penting mereka menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.

i) Teknik menstruktur idea

   i) Teknik proses
    Pemilihan MPP  pada kali ini yang berlangsung di semua IPTA nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini disifatkan 'panas' kerana isi perlaksanaan e-undi di Universiti Malaysia (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

  ii) Teknik sebab dan akibat
     Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding. Label seperti promohasiswa sebernanya tidak menbantu kepada perkembamgan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sabelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama sahaja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.

 iii) Teknik perbandingan
      Kepada ahli MPP yang berjaya dan diamanahkan, penuhilah kepercayaan itu sebagai satu takrif iaitu tanggungjawab yang perlu di tunaikan dan bukannya tasrif atau glamor yang gemerlapan. Jawatan bukanlah alasan untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakannyauntuk kepentingan peribadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan