Sabtu, 7 Ogos 2010

Selamanya-lamanya sahabat

Sahabat...
Di suatu tempat yang bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat
kita berjumpa dan berkenalan,
Disini kita menjalinkan sebuah perhubungan,
Sebuah perhubungan yang akrap dan kukuh...

Sahabat...
Di saat-saat terakhir persekolahan,
Perasaan hiba menyelubungi diriku,
Adakah ini pertemuan yang terakhir?
Adakah ini menjadi perpisahan kita?
Bergelinangan kolam mata bak sungai yang mengalir deras
Di saat kaki terakhir kita melangkah keluar...

Sahabat...
Bagiku kamu semua ibarat cahaya dalam kelam,
Kamu semua yang menyinari dunia persahabat kita,
Segala pahit manis menjadi kenangan antara kita,
Aku mengharapkan ini bukan antara pertemuan yang terakhir antara kita,
Kerna bagiku skali kita bersahabat,
Selama-lamanya kita semua akan kekal menjadi sahabat,
Itulah janjiku kepada kamu semua,
SAHABAT SELAMA-LAMANYA!

3 ulasan:

  1. salam ramadan..

    karya yang mengimbas kembali zaman persekolahan..
    satu perkongsian pengalaman.

    teruskan berkarya

    BalasPadam
  2. persahabatan akan kekal sekiranya kita menghargainya...semoga persahabatan yang dibina akan kekal selamanya...

    BalasPadam
  3. salam...
    sebuah sajak yang menarik,sajak ini mengingati saya kapada rakan-rakan sewaktu sekolah dahulu.persahabatan akan kekal sekiranya kita mempunyai niat yang ikhlas dalam persahabatan..

    BalasPadam