Khamis, 23 September 2010

See You Di IPT

   ULASAN CERITA...SEE YOU DI IPT.

   Cerita ini mengisahkan tentang Norman, pelajar nakal sekolah menengah (lakonan Nasrizal Ngasri) bersama-sama dua orang rakannya iaitu Hafiz (lakonan hafiz UNIC), Bazli (lokonan bazli UNIC) yang gemar mengusik rakan-rakannya di sekolah.  Dengan kehadiran Eisya (lakonan bienda) telah menarik perhatiannya.  Norman juga sering berselisih faham dengan Fitri (lakonan Fitri UNIC).  Namun begitu, Norman telah meminta bantuan Fitri untuk mengirimkan sepujuk surat kepada Eisya.
   Sementara itu, Fitri mempunyai masalah dengan sekumpulan samseng di sekolah mereka. Satu peristiwa telah berlaku sehingga mengakibatkan kematiannya. Sejak dari itu, Norman sering menyalahkan diri sendiri sehingga pelajarannya terabai. Namun, dengan sokongan guru-guru, rakan-rakan, dan keluarga, semangatnya kembali pulih. Akhirnya, Norman dan rakan-rakannya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Tetapi Eisya yang mendapat dua tawaran dari IPT tempatan dan luar negara menjadi keliru untuk membuat krputusan.


TEKNIK-TEKNIK PENCERITAAN.
   Manakala bagi teknik-teknik penceritaan pula amat memuaskan hati misalnya, dari segi teknik pencahayaan lampu amat terang dan jelas.Ia dapat menonjolkan para pelakon. Selain itu juga, gerakan kemera boleh di puji. Jurukemera amat mahir dalam menentukan keadaan mana yang memerlukan jarak yang dekat dan jauh. Pelakon-pelakon pula memainkan watak dengan pernuh berkesan dan menarik minat penonton untuk menontonnya.


PENGHAKIMAN.
   Pada pandangan saya, cerita ini sememangnya patut ditonton oleh semua golongan kerana ia amat sesuai. Ia juga memainkan tentang emosi dan perasaan di mana Norman telah berminat kepada Eisya. Cerita ini juga menyentuh perasaan di saat kematian Fikri. Ia juga mengajar kita sepaya menjadi pelajar yang tabah di saat kehilangan kawan dan fokus kepada pembelajaran. Cerita ini tidak rugi jika ditonton berulang kali.

Lakonan: Nasrizal Ngasri, UNIC, Bienda, Mustapha Kamal, Norlida Ahmad, Ainina Ahmad B, Zirnani Md kassim, Zaidi Omar, Rosnah Johari, Ayie, DillaAli, Anne.
Pengarah:Zulkifli Salleh Ghani
Penolong Pengarah;Amir Abu Samah
Penerbit:Hashim Ngadiman
Pengurus Produksi Saham Jaya
Skrip:Zabadi Mohamed

Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMA-LAMANYA SAHABAT.

Sahabat...
Di sutu tempat yang bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat
kita berjumpa, dan berkenalan,
Disini kita menjalinkan sebuah perhubungan,
Sebuah perhubungan yang akhrap dan kukuh.


Sahabat...
di saat-saat terakhir persekolahan,
Perasaan hiba menyelubungi diriku,
Adakah ini pertenuan yang terakhir?
Adakah ini menjadi perpisahan kita?
Bergelinangan kolam mata bak sungai yang mengalir
deras saat kaki terakhir kita melangkah keluar.


Sahabat...
Bagiku kamu semua ibarat cahaya dalam kelam,
Kamu semua yang menyinari dunia persahabatan kita,
Segala pahit manis menjadi kenangan antara kita,
Aku mengharapkan ini bukan antara pertemuan yang terakhir,
Kerna bagiku sekali kita bersahabat,
Selama-lamanya kita semua akan kekal menjadi sahabat,
Itulah janjiku kepada kamu semua.


1.Wacana pelukisan:
contoh,sebuah perhubungan yang akhrap dan kukuh.

2.Komunikatif:
contoh,perasaan hiba menyelubungi diriku.

3.Anafora(pengulangan):
contoh,adakah ini pertemuan yang terakhir?
adakah ini menjadi perpisahan kita?

4.Simile:
contoh,...kolam mata bak sungai...
           ...kamu semua  ibarat cahaya...

5.Puitis:
contoh,segala pahit manis menjadi kenangan...

6.Hiperpola:
contoh,...cahaya dalam kelam...
           ...menyinari dunia...

Sabtu, 7 Ogos 2010

Selamanya-lamanya sahabat

Sahabat...
Di suatu tempat yang bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat
kita berjumpa dan berkenalan,
Disini kita menjalinkan sebuah perhubungan,
Sebuah perhubungan yang akrap dan kukuh...

Sahabat...
Di saat-saat terakhir persekolahan,
Perasaan hiba menyelubungi diriku,
Adakah ini pertemuan yang terakhir?
Adakah ini menjadi perpisahan kita?
Bergelinangan kolam mata bak sungai yang mengalir deras
Di saat kaki terakhir kita melangkah keluar...

Sahabat...
Bagiku kamu semua ibarat cahaya dalam kelam,
Kamu semua yang menyinari dunia persahabat kita,
Segala pahit manis menjadi kenangan antara kita,
Aku mengharapkan ini bukan antara pertemuan yang terakhir antara kita,
Kerna bagiku skali kita bersahabat,
Selama-lamanya kita semua akan kekal menjadi sahabat,
Itulah janjiku kepada kamu semua,
SAHABAT SELAMA-LAMANYA!